fbpx

Kisah Ummi Nazeera Temukan Izara Aishah & Adib

Jumaat lalu memperlihatkan pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid disatukan sebagai suami isteri. Tetapi siapa sangka disebalik kisah percintaan mereka, terselit usaha Ummi Nazeera yang menjadi dalang menemukan dua hati itu.

BACA: Di Sekitar Majlis Pernikahan Izara Aishah, Adib Khalid

Menerusi Instagram, Ummi berkongsi saat Adib meminta pertolongannya untuk bertemu dengan Izara. Kerana masih segan silu dengan wanita itu, Adib meminta Ummi menjadi orang tengah ketika bertemu dengan Izara.

Semuanya bermula ketika Siti Nurhaliza yang juga ibu tiri kepada Adib mengadakan konsert. Kerana keinginannya untuk bertemu Izara, Adib meminta Ummi hadir ke konsert agar dapat memulakan bicara yang baik-baik mengenai dirinya. Dalam perkongsian itu, Ummi juga sempat memuat naik gambar mereka bertiga ketika itu.

Untuk pengetahuan, Ummi dan Adib merupakan rakan baik sejak dari kecil, sehingga ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya memasuki universiti yang sama di Melbourne. Jadi tidak hairanlah Ummi sanggup turun padang menolong Adib mencari cinta sejatinya.

Akhirnya usaha Ummi berhasil menyatukan mereka. Sempena perkahwinan Adib dan Izara Jumaat lalu, Ummi berkesempatan ‘throwback’ kisah perkenalan mereka dulu. Jika masih ingat, Ummi pernah digosipkan dengan Adib seketika, rupanya kerana sering menemani Adib untuk bertemu Izara. (rtky/w)