fbpx

Ummi Nazeera Puji Produksi Yang Jaga Solat

Dunia seni sering menjadi mangsa persepsi negatif orang ramai dan ini sebenarnya kurang disenangi oleh penggiat hiburan sendiri dan salah seorangnya Ummi Nazeera yang meluahkan pandangan dan pengalaman beliau dlaam temubual bersama majalah Harmoni.

“Ramai yang menyatakan industri ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Selepas berhijrah ke arah yang lebih baik, saya nampak banyak perubahan dalam industri lakonan. Sejujurnya, saya tidak nampak pun apa yang tidak sihat,” ujar Ummi Nazeera.

BACA: Ummi Nazeera Runsing Kena Buka Tudung Kembali Berlakon

Beliau turut menceritakan pengalaman bagaimana sebuah produksi di mana pengarahnya meminta semua kerja dihentikan sementara untuk berehat dan membenarkan krew juga pelakon untuk menunaikan solat yang menjadi kewajipan seorang Islam.

“Sewaktu menjalani penggambaran telemovie, Cik Puan Sinderella, pengarah akan menghentikan seketika penggambaran untuk kami bersolat. Krew-krew juga akan berhenti bekerja seketika untuk mereka tunaikan solat secara berjemaah”

“Jadi, saya sendiri tidak faham apa yang teruknya tentang industri kita. Persepsi masyarakat itu sendiri yang memburukkan sisi baik dunia lakonan. Itulah antara perkara yang yang membuatkan saya sedih,” tambah Ummi Nazeera lagi.

Orang kita biasalah hanya melihat yang negatif untuk diperkatakan, yang positif jika boleh disorok bawah karpet. Bagus Ummi Nazeera! (rtky/m)