fbpx

Ummi Nazeera Nikah Doktor Lepas Raya

Kalau sebelum ini majlis pertunangan dibuat secara senyap, kali ini Ummi Nazeera berkongsi majlis perkahwinannya bersama pilihan hati yang dikenali sebagai Mr.I yang bakal diadakan selepas Aidilfitri. Bagaimanapun buat masa ini, Ummi masih belum bersedia untuk memaklumkan tarikh khusus hari bahagianya kerana merasakan masa belum sesuai.

BACA: Ummi Nazeera Sahkan Sudah Bertunang

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti. Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai. Walaupun jarang berjumpa tetapi kami selalu berhubung menerusi telefon dan saya tiada masalah dengan perkara itu”

“Ini kerana saya memahami tugasnya sebagai doktor yang sentiasa memerlukan dia berada di hospital. Bagaimanapun dia selalu pulang ke KL untuk bertemu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan kami,” jelasnya kepada m Star Online.

Sesetengah selebriti mungkin memilih untuk terus melangsungkan perkahwinan, tetapi bagi Ummi ikatan pertunangan lebih membuatkan mereka mengenali diri masing-masing. Terdahulu, Ummi mengejutkan orang ramai apabila berita pertunangan beliau mula tersebar di media sosial di mana majlis itu di adakan secara tertutup di kediaman keluarganya.