fbpx

Umie Aida Yakin Penahanan Suami Ada Hikmah Sendiri

Umum mengetahui bahawa suami kepada pelakon Umie Aida telah ditangkap baru-baru ini. Menurut Umie, dalam keadaan ketika ini, dia percaya penahanan suaminya itu merupakan ujian daripada Allah dan mempunyai hikmah yang tersendiri.

BACA: Polis Dakwa Suami Umie Aida Sabotaj Negara

“Saya tidak risau atau tertekan kerana perkara itu adalah dugaan yang diberikan Allah mengikut kemampuan hamba-Nya. Tertekan tiada dalam kamus hidup saya dan saya yakin ada hikmah tersembunyi di sebalik penahannya itu”

“Dua kali saya cuba bertemu dengan suami pada Sabtu dan Ahad lalu tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk pada hujung minggu. Tetapi saya yakin dia berada dalam keadaan baik dan akan cuba lagi untuk bertemu dengan pada hari lain,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Umie, pendedahan oleh suaminya itu tidak memberi sebarang keuntungan atau pun habuan malah malah dia juga akan sentiasa berdiri di belakang suaminya untuk memberi sokongan. Semoga pengakhiran kes ini nanti, baik-baik belaka. (rtky/s)