fbpx

Polis Dakwa Suami Umie Aida Sabotaj Negara

Baru-baru ini, suami Umie Aida, Datuk Khairuddin Abu Hassan telah pun ditangkap polis dan direman selama enam hari. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan suami Umie itu merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara.

BACA: Suami Ditangkap, Umie Aida Doakan Keselamatan

Menurut Khalid, Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Namun, beliau tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia.

“Ini jelas merupakan satu tindakan yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia, mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara,” katanya dipetik daripada Astro Awani.

Khairuddin direman enam hari bagi membantu siasatan di bawah Akta 124C Kanun Keseksaan atas cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen malah polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka. (rtky/s)