fbpx

Umie Aida Didik Anak Dengar Quran, Sebulan Satu Juzuk

Mengambil anak angkat ketiga pada Julai lalu, Datin Seri Umie Aida sering memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk kepada anaknya yang diberi nama Aisyah Humaira.

Menurut Umie, beliau mempraktikkan cara yang digunakan oleh Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidiik anaknya. Umie berkata lagi, beliau akan membuka ayat suci Al-Quran setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur.

BACA: Umie Aida Terkedu Nampak Kalimah Allah Di Langit

“Alhamdulillah, sekarang Aisyah sudah berusia lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua. Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Begitulah seterusnya.

“Macam untuk diri sendiri, saya buat dengan surah Yassin. Bangun pagi buka dan sebelum tidur pun sama. Alhamdulillah, lama-lama kelamaan apabila sudah boleh hafal.

“Jadi, method sama saya buat kepada Aisyah yang otaknya masih segar. Dia serap apa dia dengar. Tinggal nanti, apabila dia boleh baca dan akan terus ingat. Insya-Allah, itu yang saya buat sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Umie berkata pendekatan itu sekaligus dapat mendidik dirinya untuk menjadi manusia lebih baik dan mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

“Allah bagi anak ini untuk mendidik kita yang kadang kala alpa dan leka. Anak ini mendidik saya menjadi manusia yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah. Kita mohon sesuatu yang terbaik untuk anak kita.

“Apa yang kita buat terbaik untuk anak kita, dalam masa sama untuk diri kita juga,” katanya.

Untuk rekod, Umie turut mempunyai dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.