fbpx

Umie Aida Terkedu Nampak Kalimah Allah Di Langit

Dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji, pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsikan pengalaman yang tidak dapat dapat dilupakan apabila dapat menyaksikan kebesaran Allah di Tanah Suci.

Menerusi Insta Story, Umie berkongsikan video memaparkan keadaan langit pada waktu Maghrib di Masjidil Haram memperlihatkan awan berbentuk kalimah Allah.

BACA: Erra Fazira, Umie Aida Akhirnya Berdamai

“Masya-Allah, video say ambil semalam masa Maghrib, saya nampak kalimah Allah di langit.

“Masya-Allah, saya diamkan saja, takut mata saya saja nampak. Tapi bila saya post ada yang nampak kalimah Allah. Saya nak berkongsi untuk anda semua kekuasaan Allah SWT,” tulisnya.

Turut dikongsikan tiga rakaman video memaparkan keadaan langit berserta laungan azan Maghrib.

Umie kini berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan Rukun Islam kelima buat perkata kali ditemani suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.