Penyanyi Uji Rashid berhasrat untuk melaksanakan badal haji buat anaknya, Allahyarham Cico Harahap serta menunaikan hasrat arwah.
Memetik mStar Online, Uji berkata Cico pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah namun dia meminta anaknya memberi keutamaan kepada kesihatan terlebih dahulu.
“Masa dia sakit, Cico ada berpesan kepada Rindu (anaknya) untuk membawanya menunaikan umrah. Pada saat itu saya minta dia sihat dulu.
“InsyaAllah saya sendiri berhasrat realisasikan hasrat itu. Saya akan mendapatkan khidmat agensi untuk uruskan perjalanan berkenaan. InsyaAllah mungkin tahun depan atau bila-bila masa yang sesuai,” katanya.
Pada 8 November lalu, Cico disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas. Arwah meninggalkan seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah kini berusia 18 tahun.
Sumber: mStar Online