Sebelum ini viral sebagai wushu wushu dalam drama Nur, nama pelakon Uchee Fukada kini semakin dikenali ramai apabila lakonannya sebagai Kak Jo menerusi drama Takdir Yang Tertulis memberi impak kepada penonton.

Tampil dengan gigi jongang dalam drama tersebut, ada yang menyifatkan wataknya itu berunsur body shaming. Namun, Uchee menjelaskan dia hanya mencari kelainan dan tiada niat menghina.

“Sebenarnya saya mencari kelainan dalam watak, sebab sebelum ni orang kenal saya sebagai wushu wushu dalam drama Nur. Saya dah berbincang dengan pengarah tentang watak ni, dan tahu apa risikonya nanti.

“Ni bukan body shaming, saya nak tunjukkan yang orang gigi jongang ni pun ada keyakinan untuk berhadapan orang ramai,” katanya kepada mStar.

Enggan ambil pusing dengan kata-kata negatif dilemparkan netizen, Uchee berkata dia juga turut menerima pelbagai komen positif mengenai lakonannya itu.

“Komen-komen positif negatif semua ada. Ada juga yang bertanyakan perlu ke pakai gigi jongang tu, why not untuk nampakkan kelainan. Tapi saya tak ambil kisah pun. Kalau tak suka tak apa, its okay. Tak suka bye bye je lah,” katanya.