fbpx

Ucapan Sweet Aliff Aziz Untuk Hari Jadi Isteri Tersayang

Baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25, menerusi Instagram, Bella Astilla ada memuat naik video meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga yang sentiasa berada disisinya.

Menerusi perkongsian tersebut, Bella memberitahu hadiah yang diinginkan hanya mahukan kedua ibu bapanya sentiasa bahagia, dipanjangkan umur dan semoga anaknya, Ayden menjadi anak yang soleh.

BACA: “Kau Tak Sedih Ke Tengok Ni Aliff Aziz”

Sudah lama tidak mengemas kini perkembangan dirinya di Instagram, Aliff Aziz dilihat memuat naik gambar mereka sekeluarga berserta ucapan manis dan istimewa sempena hari jadi isteri kesayangannya itu.

Menerusi ucapannya itu, Aliff menghargai segala pengorbanan Bella yang terus setia meskipun perlu berdepan bermacam dugaan. Kata Aliff lagi, Bella merupakan wanita paling tabah dan kuat. Aliff juga turut berterima kasih kepada Bella di atas hadiah yang tidak ternilai iaitu anak mereka, Ayden.

Apa yang pasti bukan mudah untuk seorang isteri memberikan peluang kedua dan memaafkan suami. Diharap pasangan ini dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan baik dan semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia.