Selepas seminggu kontroversi Aliff Aziz bersama pelakon baru Oktovia Manrose berlalu, baru-baru ini Bella Astillah ada memuat naik videonya di Instagram menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk Wanita.

Sejak dimuat naik tiga hari lalu, video tersebut tular di media sosial mendapat 1 juta jumlah tontonan. Di ruangan komen, ramai yang memuji Bella sememangnya berbakat dalam nyanyian.


BACA: “Berhenti Sebar Fitnah, Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan”


Rata-rata netizen mengatakan Bella bukan saja memiliki rupa paras yang cantik malah memiliki suara yang merdu.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen berpendapat lagu tersebut seolah ditujukan kepada suaminya, Aliff Aziz ekoran kontroversi yang melanda mereka berdua.

Sememangnya Bella mempunyai suara yang merdu dan adiknya, Didi Astilla merupakan seorang penyanyi. Terdahulu, Bella baru saja merakamkan video cover lagu Semakin nyanyian Siti Sarah duet bersama pelakon, Aprena Manrose.