fbpx

Ucapan Hari Jadi BCL Buat Arwah Suami Undang Sebak

Sudah hampir tujuh bulan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair namun ia pastinya memberi kesan mendapat buat isterinya, Bunga Citra Lestari apatah lagi arwah suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut.

Sempena ulang tahun kelahiran Ashraf yang ke-41, BCL ada memuat naik posting ucapan istimewa buat arwah suaminya. Lebih sebak, apabila BCL mengatakan dia akan terus menyayangi suaminya hingga ke akhir hayat.

BACA: BCL Sempat Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Sebelum Jakarta ‘Lockdown’

Malah, BCL turut mengucapkan terima kasih kepada arwah suaminya yang membuatkan dia percaya bahawa dirinya layak untuk dicintai dan masih memegang kata-kata Ashraf yang akan mencintai dirinya seperti mana suaminya menyayanginya sepenuh hati.

“Terima kasih kerana membuatkan saya percaya bahawa saya layak untuk dicintai. Sejak awak tiada, saya perlu menjadi awak…seseorang yang mencintai saya dan seseorang yang mempercayai saya.

“Kata-kata awak sangat hebat dan akhirnya saya dapat melihatnya. Saya akan mencintai diri saya seperti mana awk mencintai saya. Selamat ulang tahun kelahiran sayang,” tulisnya.

Untuk rekod, BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Aidan Sinclair kini berusia 10 tahun.