Sejak semalam tular foto di media sosial penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL mengambil kesempatan menziarahi pusara suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, dua hari lalu.

Ia berikutan kerajaan Indonesia kembali melaksanakan sekatan pergerakan separa (partial lockdown) atau Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Jakarta mulai hari ini.

BACA: Gambar BCL & Noah ‘Peluk’ Ashraf Sinclair Buat Netizen Sebak

Ibu kepada penyanyi itu, Emmy Syarif yang memuat naik beberapa keping gambar mereka di pusara Allahyarham di San Diego Hills.

View this post on Instagram

#Alfatihah utk dady Ash#menjelang psbb#

A post shared by emmymuchlis (@emmymuchlis) on

Tidak lupa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia, mereka hadir lengkap dengan mengenakan pelitup muka dan ‘face shield’.

BCL sebelum ini berkata, tidak pernah satu hari pun dirinya tidak merindui Ashraf sejak suaminya itu meninggal dunia pada 18 Februari lalu. Dia sentiasa menziarahi pusara suaminya bagi mengubati kerinduan.