fbpx

Ucapan Birthday Janna Nick, Dua Hari Raih RM2,000

Beberapa hari lalu, nama Janna Nick menjadi bualan ramai apabila pelakon dan pengacara itu memperkenalkan servis ucapan hari lahir dengan mengenakan bayaran RM50. Promosi servis ucapannya itu mendundang reaksi negatif daripada netizen dan dikecam hebat.

Bagaimanapun, menurut Janna, dia tidak menyangka perkhidmatannya itu mendapat sambutan baik dan mampu meraih sebanyak RM2,000 dalam dua hari. Kata Janna lagi, walaupun ada segelintir pihak memerli tindakannya itu, ia tidak memberi sebarang kesan padanya.

BACA: “Memang Saya Caj RM50, Bukan Gimik”

“Menjadi lumrah, setiap perkara yang dilakukan selebriti akan mengundang kecaman dan juga pujian. Saya tidak terkesan pun. Mereka kena faham, tidak semua benda yang tak disukai oleh mereka akan turut dibenci orang lain. Ada yang menyokong servis saya perkenalkan ini.

“Tak kisahlah jika netizen mahupun artis memberikan pandangan masing-masing, sama ada positif atau sebaliknya mengenai servis saya buat ini. Ia secara tidak langsung menjadi promosi untuk saya,” katanya seperti dipetik daripada BH Online.

Dalam masa sama, pelakon Mawar Rashid juga turut menawarkan perkhidmatan yang sama dengan harga lebih rendah, RM20 untuk satu ucapan. Menurut Janna, ianya persaingan yang sihat jika ada selebriti lain turut mengikut jejak langkahnya itu.

Terdahulu, Janna memberitahu apa yang dilakukannya itu bersebab dan perkara itu akan didedahkannya pada 4 Oktober depan.