fbpx

“Memang Saya Caj RM50, Bukan Gimik”

Sebelum ini nama Janna Nick hebat diperkatakan gara-gara tampil dengan servis ucapan hari lahir di Instagram Stories dengan bayaran RM50. Perkara tersebut dalam masa yang sama turut menimbulkan tanda tanya sama ada sememangnya pelakon ini benar-benar mengenakan caj atau tidak.

BACA: Caj RM50 Untuk Ucap Birthday, Janna Nick Dikecam

Bagaimanapun melalui laporan Harian Metro, Janna mengakui dia sememangnya mengenakan caj terhadap setiap ucapan yang dikongsikan di laman sosial tersebut. Untuk pengetahuan anda, ketika ini jumlah pengikut Janna di Instagram menghampiri 4 juta.

“Ya, saya memang kenakan caj RM50 untuk setiap ucapan yang diminta peminat. Bukan itu saja, saya juga akan kenakan bayaran untuk beberapa perkhidmatan lain di medium sama,” kata pelakon popular itu. Sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan dapat perhatian. Malah, tak buat apa-apa pun orang akan bercakap juga”

“Jadi, apabila ada yang menganggap apa yang saya buat ini adalah salah dan perlu dikecam, bagi saya ia berbaloi untuk dikecam. Alhamdulillah, perancangan saya untuk menarik perhatian netizen juga membuahkan hasil. Bagi yang memberi reaksi negatif, saya terima dengan hati terbuka,” kongsinya.

Sementara itu dalam masa yang sama, Janna turut menyatakan bahawa apa yang dilakukannya ketika ini adalah bersebab malah perkara itu akan didedahkannya pada 4 Oktober nanti.

“Dulu orang kata artis cepat melatah. Sekarang, apabila jadi benda macam ini, peminat pula yang melatah. Yang pasti, ini bukan gimik atau apa,” katanya.

Apa yang pasti, social experiment yang dilakukan oleh Janna ini berjaya menarik perhatian pengguna laman sosial tanah air. (rtky/s)