fbpx

Ubai Terkejut Tengok Harga Lesen Memandu Sekarang Cecah RM3,000

Pempengaruh media sosial, Ubai meluahkan rasa terkejut melihat harga lesen memandu sekarang serta mempersoalkan mengapa ianya semakin mahal.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Ubai berkata dia pergi ke sebuah sekolah memandu untuk mendaftarkan adiknya bagi mendapatkan lesen kereta.

BACA: Berkat Doa Arwah Ibu, Ubai Syukur Dapat Isteri Sangat Baik

Apa yang membuatkan dia terkejut apabila harga lesen memandu untuk kereta automatik adalah berharga RM2,700.

Malah, dia turut tidak faham mengapa harga begitu mahal serta memberitahu buku belajar memandu juga diberikan dalam bentuk PDF sahaja dan sudah membayar deposit sebanyak RM900.

Perkongsian Ubai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat harga tersebut agak mahal serta ada yang membandingkan dengan tempat lain yang lebih murah.