fbpx

Berkat Doa Arwah Ibu, Ubai Syukur Dapat Isteri Sangat Baik

Syawal tahun ini cukup berbeza buat pempengaruh media sosial, Ubai apatah lagi ketiadaan arwah ibu tercinta dan arwah adiknya, Azrul yang sudah pun pergi menghadap Ilahi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ubai berkata rumah peninggalan arwah ibunya sudah cantik dan mereka menerima ramai tetamu pada hari raya.

BACA: Ubai Terkejut, Baru Tahu Shila Amzah Superstar Di China

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

“Banyak yang berubah lepas pemergian ini. Rumah mak dah cantik Ubai dengan Sha buat. Semua yang datang beraya, semua suka tengok rumah. Pusara Mak dan Azrul pun dah cantik. Pagi raya ramai datang melawat, lagi-lagi kawan Azrul,” tulisnya.

Sementara itu, Ubai turut meluahkan rasa syukur atas berkat doa ibunya dia dikurniakan isteri yang baik serta rezeki melimpah ruah. Malah, ibunya akan menimang cucu pertama tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah berkata dia berjanji akan menjaga isterinya, Shila Amzah serta keluarga mereka dengan baik.

“Alhamdulillah mak, atas doa mak, Ubai dapat isteri yang sangat baik, rezeki yang melimpah ruah dan tak lama lagi mak akan dapat cucu pertama.

“Kalau mak dengan Azrul ada sekarang, apa yang diinginkan, in shaa Allah Ubai boleh tunaikan. Tapi perancangan Allah itu yang terbaik. Ubai janji jaga Sha dan keluarga dengan baik. Terima kasih atas doa dan pengorbanan selama ini,” tulisnya.