Baru saja dua bulan mendirikan rumah tangga, ada berita tak sedap di dengar dakwaan mengatakan penyanyi Shila Amzah dan suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai bakal bercerai.
Memetik Harian Metro, Ubai menfaikan dakwaan tersebut serta menyifatkan ianya satu fitnah serta memaklumkan rumah tangga mereka dalam keadaan baik sahaja.
BACA: Shila Amzah Jawab Dakwaan Bakal Bercerai
“Mula-mula Shila yang perasan hantaran itu di Facebook dan dia terus maklumkan kepada saya. Pada awalnya saya okey saja sebab perkara begini kita tak boleh nak elak. Zaman fitnah semakin berleluasa.
“Cuma disebabkan perkara ini, saya disoal orang luar yang ingin mengetahui keadaan emosi serta proses perceraian sedangkan perkara itu tidak wujud dan satu fitnah. Kami bahagia saja di rumah. Tiada masalah apapun, malah lebih mengenali Shila dengan lebih dekat,” katanya.
Dalam pada itu, Ubai turut meluahkan rasa kecewa susulan sesetengah blog yang berkongsikan berita tidak benar. Tambahnya lagi, dia tidak akan berdiam diri susulan berita tersebut.
“Ada blogger yang sengaja sensasikan berita itu dengan menulis tajuk berita kononnya hubungan kami ada masalah dan dedahkan puncanya, sedangkan hubungan kami baik-baik saja.
“Apabila perkara ini berlaku, saya seboleh mungkin bersabar dan tidak ambil peduli tapi apabila keluar cerita sebegini membuatkan saya tidak boleh berdiam diri.
“”Janganlah disebabkan nak tajuk yang sensasi, mereka sanggup ajak orang lain tabur fitnah dan berkata perkara yang tidak baik,” katanya.
Terdahulu, gosip itu timbul apabila ada pengikut di Instagram memaklumkan Shila mengenai artikel di Facebook mengatakan rumah tangga penyanyi itu berdepan masalah.