fbpx

Shila Amzah Jawab Dakwaan Bakal Bercerai

Baru saja dua bulan mendirikan rumah tangga, ada berita tak sedap di dengar dakwaan mengatakan penyanyi Shila Amzah dan suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai bakal bercerai.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Difahamkan, gosip itu timbul apabila ada pengikut di Instagram memaklumkan mengenai artikel di Facebook mengatakan rumah tangga penyanyi itu berdepan masalah.

BACA: Dikecam Pakai Baju Ketat, Shila Amzah Berhenti Guna Media Sosial

“Dalam posting FB ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak bercerai. Kurang ajar ya posting FB,” tulis individu itu.

Menjawab mengenai dakwaan tersebut, Shila berkata berita dikongsikan di Facebook itu adalah tidak benar dan tajuk yang digunakan sengaja mengundang fitnah.

“Sebab itu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news. Click bait dah tak fikir benda betul ke fitnah ke… kalau kita terdetik mempercayai dah satu hal jadi dosa pula kita,” jawabnya.

Terdahulu, Shila dan Ubai sah bergelar suami isteri dalam majlis yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.