fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kemelut adik-beradik penyanyi Shila Amzah selepas dia ingin menjual rumah banglo diduduki keluarga mereka.

Susulan itu, Amir Shafiq mendakwa kakaknya itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan duit serta mendakwa menengking ibu mereka.

BACA: Bekas Adik Ipar Shila Amzah Dedah Ex Suami Culas Nafkah Anak

Memetik Astro Gempak, suami kepada Shila iaitu Ubai menyifatkan tindakan adik iparnya sudah melampau. Malah, kenyataan Syafiq itu berbaur fitnah.

“Dia membuat hantaran menerusi ruangan story di TikTok yang mengatakan dia akan mendedahkan siapakah Shila Amzah sebenar.

“Selepas itu dia melakukan siaran langsung dan mengatakan Shila tak sedar di untung, berjaya pun sebab mak ayah. Bagi saya dia sudah over limit dan menaburkan fitnah. Kemudian saya masuk ke siasan langsung berkenaan untuk menegurnya namun saya kena mute.

“Tidak lama kemudian Shila juga masuk siaran langsung itu namun dia juga telah di mute. Bekas adik ipar Shila juga masuk dan dia pun turut kena mute. Bila semua dah kena mute dia masih lagi berterusan menceritakan perkara yang tidak benar,” katanya.

Dalam pada itu, Ubai mendedahkan Shafiq berkata bertindak biadab melibatkan arwah ibunya yang dia masih ingat sampai sekarang.

“Satu benda yang saya ingat sampai sekarang dia cakap adalah Ubai kau ajar sikit bini kau, mari sini aku ajar kau macam mana nak jadi suami. Kau pun mak dah meninggalkan.

“Saya rasa ini dah melebih lebih, saya fikir saya nak tutup mulut dia tak boleh pada ketika itu. Jadi saya cakap pada isteri yang adiknya itu sudah keterlaluan.

“Sudah tiba masanya untuk saya mengeluarkan kenyataan kerana isteri saya sudah hadap benda ini lama. Jadi saya tulis satu nota di platform X. Itulah kebenarannya. Pada asalnya hanya berpunca dari rumah sahaja,” katanya.