fbpx

Ubai Gugur Air Mata, Sebak Tengok Isteri Bertarung Nyawa

Tahniah diucapkan buat penyanyi Shila Amzah yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan semalam yang diberi nama Rhea Akira.

Menerusi perkongsian di Instagram, suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai meluahkan rasa syukur serta sebak melihat isterinya bertarung nyawa demi anak mereka.

BACA: “Nafkah Anak Tak Bagi, Dengan Alasan Sebab Ex Dah kahwin” – Ubai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta,” tulisnya.

Sementara itu, Ubai turut berkongsikan ianya pemgalaman luar biasa apabila pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata mereka.

Lebih sebak, Ubai berkata anaknya itu adaah cucu pertama arwah ibunya serta mengatakan pasti arwah gembira kerana anaknya sudah selamat dilahirkan.

Untuk rekod, Shila Amzah dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Sebelum ini, Shila mempunyai cahaya mata dari perkahwinan terdahulu iaitu Seth Uwais.