fbpx

“Nafkah Anak Tak Bagi, Dengan Alasan Sebab Ex Dah kahwin” – Ubai

Baru-baru ini perkongsian suami kepada Shila Amzah iaitu pempengaruh media sosial, Ubai berkongsikan ciapan di platform X berkenaan sikap culas seorang bapa yang tidak membayar nafkah anak.

Menerusi perkongsian itu, Ubai mengatakan si bapa tidak memberi nafkah anak walaupun RM350 dengan alasan bekas isteri sudah berkahwin dan tangggungjawab sudah berpidah kepada suami baru.

BACA: Ubai Terkejut Tengok Harga Lesen Memandu Sekarang Cecah RM3,000

Namun apabila suami baru memberi nafkah pada anak, bapa kandung pula seolah tidak dapat menerima kenyataan serta mengatakan ianya duit bekas isterinya.

Ubai turut berkongsikan tindakan bapa tersebut dari kahwin sehingga selepas bercerai tidak memberi nafkah dan ketika perkahwinan segalanya ditanggung oleh bekas isteri.

“Daripada kahwin sampai cerai satu haram pun tak bagi. Anak minta kasut pun tak bagi2 sampai sekarang. 

“Dulu pun ex tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambik peduli. Eh geram pulak aku,” katanya.

Perkongsian Ubai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut geram dengan tindakan si bapa yang mengabaikan nafkah terhadap anak serta ada yang menyarankan supaya bekas isteri mengheret lelaki tersebut ke mahkamah kerana menculas nafkah anak.