fbpx

Ubah Suai Ysuku, Shuib Bengang Dikaitkan Dengan Artis

Pasti umum mengetahui mengenai motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Susulan isu tersebut, Shuib Sepahtu meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mengaitkan nama-nama artis tertentu terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian motosikal tersebut.

BACA: “Kalau Tak Suka Tengok, Sekat Sahaja IG Kami”

Malah, Shuib turut kesal ada yang mendakwa golongan artis yang memiliki Ysuku menganjurkan perlumbaan selain melibatkan pertaruhan.

“Tengah kecoh pasal operasi Y15 dan dipetik pula nama artis terlibat dalam pengubahsuaian, ya mungkin benda salah, tapi tak faham juga kenapa ada yang nak anjurkan di lebuh raya, siap bertaruh dan letak di media-media sosial. Apa ni?

“Kita orang (artis) tak tunjuk tau benda-benda begitu dan tak buat pun. Kenapa perlu dipertontonkan dan benda itu memang tak bagus pun siap ada taruh duit lagi. Sebenarnya main motor nak kena tunjuk macam tu ya?” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbarunya di Intagram, Shuib merasa kecewa apabila tindakannya untuk menaikkan semula industri permotoran telah disalah erti oleh banyak pihak.

Terdahulu, polis turut memberi amaran kepada mana-mana individu termasuk selebriti supaya menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal secara haram dan melanggar undang-undang.