fbpx

“Kalau Tak Suka Tengok, Sekat Sahaja IG Kami”

Menyedari kritikan netizen yang mendakwa mereka berlebih-lebihan berkongsi video di media sosial, Siti Sarah minta peminat untuk tidak mengikuti beliau dan suami lagi jika terlalu meluat melihat mereka.

BACA: Minta Izin Beli Motor, Siti Sarah Kesal Suami Dituduh Dayus

“Apabila orang ada IG memang berhak untuk komen tapi saya sarankan kalau dah sampai sakit hati tengok, lebih baik berhenti mengikuti akaun laman sosial saya. Sebab ia toksik untuk awak”

“Apa yang saya buat, saya gembira dan kalau saya gembira buat awak tak suka, baik sekat sahaja Ig saya. Jangan biarkan diri terseksa tengok orang lain. Sebab anda semua ada pilihan untuk lihat atau tidak”

Menurut Sarah, beliau dan suami tidaklah terlalu terbuka berkongsi apa sahaja di media sosial dan apa yang ditunjukkan di Instagram itu hanya serba sedikit daripada kehidupan mereka sekeluarga.

“Apa yang saya kongsi itu hanya sikit sahaja mengenai kehidupan kami sekeluarga. Saya dan Shuib tahu batas yang mana boleh dan yang mana tidak boleh. Setiap pasangan laincara mereka menjalani kehidupan,” katanya.

Terdahulu Sarah membuat kejutan dengan menghias motor baru yang dibeli suaminya. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan ini namun kemudian mereka mula dikritik kerana didakwa berlebih-lebihan berlakon. (rtky/w)