fbpx

Tyzo Bakal Bersiaran Di Sebuah Stesen Radio Mac Ini

Bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander mengakui ada menerima beberapa tawaran sebagai penyampai radio namun masih dalam pertimbangan untuk memilih yang terbaik.

Memetik Getaran, Tyzo turut meluahkan rasa syukur banyak pihak melihat bakatnya dan dia bakal kembali bersiaran di sebuah stesen radio pada Mac ini.

BACA: Tyzo Dapat Tajaan Tunai Umrah, Cari Ketenangan Di Mekah

“Saya masih belum ada kata putus kerana saya ingin adakan perbincangan lebih lanjut disebabkan kontrak saya bersama Suria hanya akan tamat pada bulan Mac nanti.

“Alhamdulillah mereka melihat kerja dan bakat saya. Bukan atas kapasiti peribadi. Mereka merasakan saya masih lagi relevan untuk bekerja di dalam industri penyiaran radio.

“Insya Allah dalam bulan Mac nanti saya akan pastikan suara saya kembali berkumandang di corong radio di salah sebuah stesen di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tyzo berkongsikan dia kini rasa lebih tenang dan ebas selepas hampir sebulan meninggalkan Suria FM. 

Malah, Tyzo tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa ketika bersiaran langsung di TikTok sehingga mendapat 3.4 juta tanda suka dan disaksikan lebih 130,000 penonton.

“Saya rasa sangat tenang sekarang ini kerana saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Saya rasa saya bebas. Seronok juga rasa bila bebas sebab sudah hampir 20 tahun saya bekerja di bawah orang,” katanya.