fbpx

Tyzo Dapat Tajaan Tunai Umrah, Cari Ketenangan Di Mekah

Selepas berdepan kemelut susulan kontrak ditamatkan, bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander berangkat menunaikan ibadah umrah semalam.

Memetik Harian Metro, dia menerima pelawaan daripada seorang pendengar setia Suria Petang untuk membawanya mengerjakan ibadah tersebut.

BACA: “Saya Mintak Kenaikan Gaji RM500, Tapi Ini Balasan Saya Terima”

“Tahap mental saya sangat teruk ketika ini dan paling terendah dalam hidup saya. Saya sedang berusaha untuk kuatkan semangat dan tidak terlalu bersedih dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, individu tersebut sudah lama mahu menajanya dan persiapan dilakukan agak singkat dan berharap dapat mencari ketenangan disana.

“Alhamdulillah, hari ini saya bakal berlepas ke Tanah Suci selama 11 hari. Saya dibawa oleh pendengar setia Suria Petang dikenali Hariz yang sudah lama teringin nak menaja saya mengerjakan ibadah umrah.

“Tawaran ini datang kira-kira seminggu lalu, namun saya hanya beri kata putus lima hari lalu. Jadi persiapan memang agak singkat, tapi Insha-Allah semuanya sudah diatur dengan baik dan semoga saya dapat mencari ketenangan di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Tyzo berkata berat badannya juga semakin menurun serta menghadapi masalah suara kerana tidak cukup rehat dan sukar tidur.

“Berat badan saya makin menurun. Saya juga sukar tidur kerana sudah tahu perkara ini agak lama hingga mengalami masalah suara.

“Malah, ketika ini saya berdepan kecaman yang sangat dahsyat selepas pihak sana (Suria FM) membuat kenyataan balas. Saya akui tak bersedia menerima kecaman ini” katanya.