fbpx

Tya Arifin Dedah Jantina Anak Dalam Masa Terdekat

Pelakon dan juga menantu kepada Datuk Siti Nurhaliza, Tya Arifin berkata beliau bakal mengumumkan jantina anak keduanya dalam masa terdekat ini.

Beliau dan suaminya, Asyraf Khalid mengakui tidak kisah tentang jantina anak kedua yang dijangka lahir pada Mei 2019.

BACA: Siti Nurhaliza Rancang Mahu Tambah Anak

“Kami berdua okay sahaja, baik dikurniakan lelaki lagi atau perempuan pula, kedua-duanya syukur. Mengenai jantina anak itu nanti akan saya umumkan di media sosial dalam waktu terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Diajukan soalan mengenai proses bersalin, Tya Ariffin memilih untuk bersalin secara normal sahaja berbanding kaedah pembedahan.

“Apapun yang terjadi nanti saya akan terima sahaja, andainya perlu melalui proses caesar (pembedahan) sebab mahukan yang terbaik untuk anak,” ujarnya.

Tya Ariffin dan suami berkahwin pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Arif Jiwa yang berusia 1 tahun 8 bulan. (rtky/m)