"Tambah Anak Bila Aafiyah Berusia Dua Tahun"
Usia Siti Aafiyah bakal mencecah setahun pada Mac tahun hadapan, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan azam tahun barunya untuk cuba mendapatkan zuriat lagi. Ujar Siti, beliau mahu menambah cahaya mata apabila Aafiyah sudah berusia dua tahu.
Selain mengimpikan seorang lagi cahaya mata, penyanyi tersohor negara itu juga berharap agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta kariernya sebagai penyanyi dan perniagaannya bertambah maju.
BACA: Siti Nurhaliza: Akaun Palsu Affiyah Jangan Jual Produk
“Perancangannya adalah sama. kerjaya menyanyi of course saya nak lagi album baharu, persembahan-persembahan yang berjaya di pentas yang baharu. Kemudian semoga bisnes SimplySiti dan Creation sukses,”
“Seterusnya menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak menjadi anak solehah. Fasal tambah anak insya-ALLAH bila Aafiyah dah berusia dua tahun,” ujarnya.
Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa pada tahun 2006, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas 11 tahun menanti.
- SUMBER
- Sinar Harian
TAkyah lah Siti. Bukannya ko jaga pun. Maid yg jaga. Baik beramal, ko dah tua Siti. Bernyanyi lagu lagha tergedik dalam insta tuh haram.
Zaman DS dah berlalu kot? Lagu2 DS skrg tidak dpt menandingi lagu2 zaman belum kahwin dulu.
betul. aku x minat lagu DS skrg,pelik2…terlalu mencuba…x sedap
lagu die yg anta permana tu out sgt..klu kuar radio aku tukar channel..tah pape tah…bagi chance new generation lh siti oii, x pon jaga jer cik piah tu.
Kenaper lah isu nak cuba dapat anak ni makin menjadi-jadi . Perlu ke dedah pada orang ramai yg engko berusaha nak anak . Hari-hari siang malam ko usaha dan cuba patut hanya ko dan suami jer yang tau . Yang duk citer kat orang tu pasai aper? Tak de rasa malu ke masyarakat sekarang nih. Lol betul.