fbpx

Twitter: Rita Rudaini Komen Isu Kehamilan Ayu Raudhah, Hukum Karma?

Twitter: Rita Rudaini Komen Isu Kehamilan Ayu Raudhah, Hukum Karma?Sebenarnya bukan pertama kali tulisan Rita Rudaini di Twitter menjadi perhatian ramai dan kali ini nampak'nya seakan lebih jelas kepada siapa ianya di'tujukan.

Beberapa hari lalu, Ayu Raudhah tampil dalam Utusan Malaysia bercerita tentang pengalaman keguguran kandungan yang di'alami sekitar Oktober 2011 yang lalu.

Ayu Raudhah berkata mungkin kerana beliau bekerja terlalu keras & sebab itulah keguguran itu berlaku — kini beliau ingin berehat untuk berusaha menghasilkan zuriat.

Lain ceritanya dengan Rita Rudaini yang meluahkan perasaan beliau terhadap apa yang berlaku ke atas Ayu Raudhah — dan menganggap semua itu sebagai balasan Tuhan.

“Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu ketika pregnant. Macam itu'lah rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil,” tulis Rita Rudaini kelmarin.

Tulisan Rita Rudaini itu sebenarnya di'sambut oleh suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha juga melalui Twitter dengan mengatakan pelakon itu kini sudah mula meroyan.

zp8497586rq