fbpx

Twin Towers @ LIVE 2013 — Backstreet Boys Dan IU Bakal Meriahkan Konsert

Tinggal sebulan lagi sebelum berlangsungnya satu konsert percuma untuk orang ramai yang di’tunggu saban tahun, Twin Towers @ LIVE 2013.

Jika sebelum ini pihak penganjur memaklumkan yang Demi Lovato, U-Kiss, Rainbow dan Girls Day sebagai artis jemputan luar negara yang bakal memeriahkan konsert, senarai ini telah pun berubah.

Atas sebab sebab yang tidak dapat di’elakkan oleh penganjur, Rainbow & Girls Day tidak dapat hadir pada hari tersebut tetapi jangan risau kerana tempat mereka di’gantikan dengan nama besar.

Dalam kenyataan terbaru kepada media, Twin Towers @ LIVE 2013 mengesahkan yang Backstreet Boys dan juga sensasi muzik pop Korea, IU bakal menggantikan tempat dua kumpulan tersebut pada hari konsert.

Dengan perubahan ini, Demi Lovato & U-Kiss akan kekal memenuhi jadual persembahan pada hari pertama konsert iaitu 22 Mac 2013 nanti manakala Backstreet Boys & IU akan menjadi bintang pada keesokkan harinya.

Selain bintang jemputan dari luar negara, konsert percuma yang bakal berlangsung di Plaza KLCC ini juga bakal menampilkan artis tempatan seperti Mizz Nina, Atilia, K-Town Clan dan Caprice.

Maklumat lanjut & terkini boleh di’dapati di facebook.com/TwinTowersAlive