Baru malam tadi kami tulis tentang filem epik Magika yang menelan belanja hampir RM2 juta untuk di’laksanakan.
Pagi ini, kami di’khabarkan yang RM2 juta sudah menjadi terlalu kecil untuk TV3 laburkan untuk sebuah event yang berlangsung kurang dari sehari.
Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24) bakal menyaksikan perbelanjaan paling besar dari TV3 untuk sebuah majlis pertandingan muzik.
AJL 24 yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil ini akan memperlihatkan rekaan pentas yang boleh bergerak buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran.
Siti Nurhaliza juga di’khabarkan diberi penghormatan besar untuk membuka tirai pertandingan malam tersebut.
Kita nantikan sahaja sehebat mana AJL24, jangan lupa menontonnya pada 10 Januari depan, jam 9 malam, sama ada secara langsung melalui TV3 atau di Stadium Putra Bukit Jalil.