Sehingga hari ini Izreen Azminda masih menutup fungsi ruangan komen di Instagram sejak kontroversi bernikah dengan suami orang. Jelasnya, hidupnya kini lebih tenang tanpa kata-kata sampah netizen.
BACA: Izreen Azminda Alami Alahan Teruk, Tak Boleh Buat Kerja Berat
“Emosi terganggu sebab komen mereka sangat keterlaluan. Cuba mereka duduk di tempat saya atau artis lain yang dikecam, apa mereka rasa? Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup ruangan komen dan ia sangat berbaloi”
“Sudah masuk tahun kedua saya tutup. Memang lega dan tenang saja. Tak perlu lagi saya hadap dengan komen jahat dan caci-maki mereka. Saya bukannya takut, tetapi tak mahu Instagram dipenuhi dengan ‘sampah’ dan komen negatif”
“Kalau mahu apa-apa, boleh DM (direct message) saja. Ramai yang berbuat sedemikian dan saya akan balas,” jelasnya mengapa bertindak untuk menutup terus ruangan komen sejak bernikah.
Selain itu, Izren turut bersetuju dengan tindakan rakan selebritinya, Linda Rafar menyaman netizen yang mengeluarkan kata-kata melampau. Katanya sudah sekian lama netizen memijak kepala selebriti sesuka hati. (rtky/w)