fbpx

Izreen Azminda Alami Alahan Teruk, Tak Boleh Buat Kerja Berat

Baru-baru ini menerusi Instagram, Izreen Azminda mengumumkan berita gembira dia dan suami, Ude Wahid bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Usia kandungan kini mencecah tiga bulan, Izreen memberitahu dia mengalami alahan teruk berbanding kehamilan pertama enam tahun lalu, sehinggakan tidak boleh membuat kerja berat bimbang berlakunya pendarahan.

BACA: Setahun Kahwin, Izreen Azminda Kini Hamil

“Alhamdulillah, ini rezeki buat saya dan suami. Selepas lebih setahun berkahwin, Allah SWT berikan nikmat ini pula. Insya-Allah, saya dijangka bersalin Julai ini.

“Cuma, kehamilan kali ini tak macam yang pertama. Saya kena alahan teruk hingga tidak boleh langsung buat kerja berat. Jika tidak, saya akan mudah berlaku pendarahan.

“Selepas peringkat pertama kehamilan, saya sudah okay sikit. Setiap hari saya berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan hingga bersalin nanti. Saya juga berharap anda doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai jantina anak yang dijangka bakal lahir pada Julai depan, Izreen dan suami tidak kisah sama ada lelaki ataupun perempuan asalkan kandungannya sihat dan sempurna.

“Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina anak. Asal saja, bayi yang bakal lahir sempurna dan sihat,” katanya.