Perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila menceritakan kisah terdahulu diuji dengan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga.
Menerusi satu hantaran di Threads, Abby berkata ketika itu dia menyalahkan suami sahaja kerana tidak tahu siapa orang ketiga berkenaan.
BACA: Abby Abadi, Azza Elite Melompat Gembira Dapat Tahu Marissa Nak Cerai

Namun, Abby berkata akhirnya mereka hidup bahagia sedangkan dia dan anak-anak ditinggalkan begitu sahaja.
“Dua-dua salah dan patut dipersalahkan. Zaman saya dulu, saya salahkan suami saja, awalnya tak tahu siapa penyondol.
“Akhirnya mereka bersama. Hidup aman bahagia, walaupun saya dan anak-anak ditinggal macam itu saja,” katanya.
Sementara itu, Abby berkata dia memaafkan apa yang berlaku serta meneruskan kehidupan tanpa menuntut hak anak-anak.
Di akhir perkongsian itu, Abby turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana untuk menuntut hak anak-anak seandainya rumah tangga tidak berkekalan.