fbpx

Bella Dally Tak Puas Hati Foto Kahwin Lama Disalahguna

Tular gambar perkahwinannya dengan bekas suami, Nazim Otman disunting menerusi satu drama yang kini ditayangkan di televisyen, Bella Dally meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak produksi.

Difahamkan, pihak produksi drama Silang menyunting gambar kahwin tersebut dimana wajah Bella di ‘crop’ dan digantikan dengan wajah Emma Maembong.

BACA: Belajar Dari Kesilapan, Bella Dally Tak Mahu Tayang Suami

Bella yang mengetahui perkara itu daripada rakan dan peminatnya menyifatkan pihak produksi seolah tidak menghormati hak peribadinya.

Bagaimanapun, Bella menjelaskan dia sudah menghubungi penerbit drama tersebut iaitu Sheila Rusly dan perkara tersebut sudah diselesaikan secara baik.

Menerusi satu mesej perbualan, Sheila Rusly meminta maaf kepada Bella di atas kesilapan tersebut dan turut memohon maaf bagi pihak produksi.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian itu Bella turut berharap agar tiada lagi mana-mana pihak mengambil jalan mudah dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Terdahulu, drama Silang lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong menjadi bualan ramai apabila sebuah babak memaparkan gambar perkahwinan mereka sebenarnya hanya disuntin menggunakan foto perkahwinan Nazim dan Bella Dally.