fbpx

“Tunang Saya Tahu Apa Saya Buat, Sila Jaga Pasangan Sendiri”

Jika sebelum ini namanya disebut-sebut kerana bernikah dengan lelaki berusia, kini nama Intan Najuwa sekali lagi menjadi bualan, apabila beliau memuat naik gambar didukung oleh pelakon lelaki lain, Idris Khan.

BACA: Intan Najuwa Bengang Dituduh Mata Duitan

Menerusi Instagram, Intan memuat naik gambar berkenaan bagi mempromosikan dramanya, namun netizen mula menegur tindakannya yang seolah tidak menjaga batas pergaulan, sebagaimana beliau tunangan orang.

Tapi nampaknya teguran bersahaja netizen itu mengundang kemarahan Intan yang kemudian membalas komen terbabit. Tulis Intan, netizen sepatutnya tidak menyibuk halnya dan menjaga pasangan masing-masing sahaja.

Tulisnya lagi, tunangnya mengenali dirinya bagaimana dan mengetahui segala apa yang dilakukannya. Dalam masa sama, Intan juga meminta agar peminat mengabaikan saja postingnya jika tidak menyukai.

Bukan itu saja, Intan juga sempat menyelar komen netizen mengatakan beliau menggunakan duit tunangnya untuk berbelanja. Apapun perasan juga banyak betul adegan Intan didukung, memang ringan betul ni! (rtky/w)