fbpx

Tun Mahathir Mentor Shah Rukh Khan Dan Jumpa Beberapa Kali Setiap Tahun

Ketika berita mengatakan Shah Rukh Khan yang bakal hadir ke Malaysia untuk meraikan Tun Mahathir di majlis ulangtahun kelahiran beliau, kami baca banyak komen skeptikal.

Termasuklah mereka yang mengatakan ianya satu pembaziran untuk membawa masuk bintang Bollywood itu lebih lebih lagi beliau datang ke Malaysia dengan jet peribadi.

Namun, laporan media selepas majlis selesai mendedahkan Tun Mahathir dan Shah Rukh Khan mempunyai hubungan lebih dari sekadar peminat & seorang artis Bollywood.

“Saya amat mengagumi Tun Mahathir yang merupakan mentor serta inspirasi terbaik buat diri saya — saya sentiasa mencuba untuk

mempunyai pemikiran luar biasa sepertinya”

“Saya tidak mahu melepaskan peluang bersama dalam majlis ini — paling penting, saya juga mahu mengambil restu mentor yang juga rakan baik saya ini,” ujar Shah Rukh Khan.

Laporan Kosmo! hari ini juga menyebut yang Shah Rukh Khan mendedahkan yang beliau akan bertemu dengan Tun Mahathir beberapa kali setiap tahun — unik hubungan mereka.

Kredit Gambar: Murai & Kosmo!

zp8497586rq