Sejak petang tadi, tular video di aplikasi Tiktok seorang lelaki mirip pelawak Tauke Jambu berbaju Melayu putih bersama seorang wanita seperti pasangan pengantin.

Video itu dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @piddyys memuat naik video tersebut yang diambil daripada IG Story.

BACA: Tauke Nak Saman Individu Sebar Fitnah

Video tersebut turut disertakan kapsyen ucapan tahniah kepada pengantin perempuan serta mendoakan agar wanita itu hidup bahagia disamping suami tercinta.

Susulan video tular itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Instagram Tauke bertanyakan mengenai kesahihan video lelaki miripnya itu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Tauke sedang menjalani penggambaran drama. Malah, Tauke dilihat ada memuat naik gambarnya memakai baju Melayu putih petang tadi.

 

Apa pun sama-sama kita nantikan kesahihan mengenai perkara itu daripada tuan badan sendiri. Tauke mendirikan rumah tangga dengan Nadia Muhd Effendi pada 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.