fbpx

Tauke Nak Saman Individu Sebar Fitnah

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal Tauke Jambu apabila terpalit dengan kontroversi kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.

Mengakui dia ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut, bagaimanapun Tauke berkata dia tiada kaitan dengan aktiviti tersebut dah sudah pun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

BACA: Tauke Nafi Bawa Alat Seks, Hanya Petai & Rambutan Untuk Isteri

Terbaru, Tauke bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah dan berita palsu berkaitan dirinya. Katanya, dia kesal apabila kerjasama penuh diberikan kepada pihak berkuasa disalah ertikan.

“Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.

“Kerjasama yang saya berikan kepada pihak polis sudah disalah anggap dan banyak pihak memilih untuk menghukum sebelum menilai,” katanya.

Dalam pada itu, Tauke berharap tindakan undang-undang yang akan diambil itu menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan dirinya di media sosial.

Terdahulu, Tauke menafikan dakwaan mengatakan dia membawa peralatan seks sebaliknya hanya membawa rambutan dan petai untuk isterinya.