fbpx

Tular Lan Pet Pet Belasah Orang Lagi?

Sejak semalam tular rakaman video di media sosial dipercayai pelawak Lan Pet Pet bergaduh dengan seorang lelaki.

Menerusi video berdurasi 24 saat yang dikongsikan oleh pengguna Facebook mendakwa ahli kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap seorang penghantar makanan.

BACA: Lan Pet Pet Jumpa Pak Ya Minta Maaf

Dalam rakaman tersebut, kelihatan Lan merangkul dan memukul kepala lelaki tersebut sambil ditenangkan oleh beberapa orang awam lain.

Turut kedengaran pelawak itu memberi amaran kepada lelaki tersebut berbunyi,’hang nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana lokasi kejadian itu berlaku. Pengguna Facebook yang berkongsikan video tersebut turut menulis tidak dapat dipastikan punca kejadian berlaku pergaduhan berkenaan.

Terdahulu, Lan pernah didakwa kerana menumbuk muka dan menendang seorang warga emas yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 tahun lalu.

Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul individu terbabit.