Persengketaan diantara Pak Ya dan Lan Pet Pet akhirnya berakhir apabila pelawak itu datang bertemu untuk memohon maaf. Pertemuan maaf yang berlangsung hampir dua jam itu juga disambut baik oleh Pak Ya.

BACA: Lan Pet Pet Mahu Jumpa Pak Ya Minta Maaf


“Saya maafkan Lan. Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik”

“Saya bukan pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka. Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan,” jelasnya.

Manakala Lan meluahkan rasa syukur Pak Ya dan keluarga menerima pelawaannya untuk bertemu dan memaafkannya. Selain itu, Lan juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi di masa akan datang.



“Berminggu-minggu fikiran saya runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya dan keluarga. Saya mengambil sedikit masa untuk mengatur pertemuan ini. Saya perlu mencari nombor telefon dan memastikan Pak Ya bersetuju untuk bersemuka.

“Saya berterima kasih pada Pak Ya menerima pelawaan untuk bertemu. Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi bila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum,” kata Lan Pet Pet.

Dalam pertemuan itu, Lan turut memaklumkan akan membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Mekah. Terdahulu Lan didenda RM2,000 selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. (rtky/w)