fbpx

“Tuduhan Tak Masuk Akal, Saya Sayang Kakak Saya”

Menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai kaitan berhubung keretakan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, pelakon dan pengacara popular Neelofa menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.

Enggan mengulas lebih lanjut, Neelofa meminta supaya masyarakat mendoakan yang terbaik dan memberikan sokongan buat pasangan itu.

BACA: “Jangan Sesekali Menidakkan Kaum Adam Sebagai Ketuamu”

“Saya sayang kakak saya, sayang anak saudara saya. Semua tuduhan itu tidak masuk akal.

“(Saya) Harap orang ramai, rakan dan keluarga boleh menjadi penyokong terbaik buat mereka. Orang luar tak tahu apa yang mereka lalui,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Neelofa terpalit dengan kemelut kemelut rumah tangga kakaknya apabila meninggalkan komen di Instagram kakaknya yang didakwa ditujukan kepada Sharnaaz.

Sejak bulan lalu, status rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus menjadi tanda tanya netizen apabila masing-masing dilihat memuat naik status luahan hati di media sosial.

Malah kedua mereka juga tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing dan kali terkakhir mereka memuat naik gambar bersama pada Disember tahun lalu.