fbpx

“Jangan Sesekali Menidakkan Kaum Adam Sebagai Ketuamu”

Sejak bulan lalu, status rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus menjadi tanda tanya netizen apabila masing-masing dilihat memuat naik status luahan hati di media sosial.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Nampaknya, status terbaru Sharnaaz sempena dengan Hari Wanita Sedunia sekali lagi mencetuskan persoalan dan spekulasi. Nota pesanan ringkas itu ditujukan kepada umum terutamanya buat kaum wanita dan lelaki khususnya yang menjalani alam rumah tangga.

BACA: Sharnaaz Ahmad Jawab Kritikan Masalah Rumahtangga

Menerusi nota yang ditinggalkan, pelakon itu memuji kaum wanita sememangnya insan yang sangat hebat. Nota itu turut mengingatkan kaum hawa supaya menghormati ketua keluarga serta lelaki dan wanita saling memerlukan di dunia ini.

“Jangan sesekali menidakkan kaum Adam sebagai ketuamu, jika sekali anda beragama Islam terimalah nota ini.

“Kita saling memerlukan di dunia ini, jika kaum Hawa cuba menindas dan menindakkan kaum Adam, sesungguhnya anda tau apa yang akan terjadi kelak. Jika anda Islam terima, jika bukan abaikan,” tulisnya.

Sehingga kini kami juga tidak pasti apa masalah sebenar melanda rumah tangga Sharnaaz dan isteri. Apa pun diharap semuanya dapat diselesaikan secara baik. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.