fbpx

“Tuduhan Sangat Berat” – Fazura Nafi Dakwaan Pergi Clubbing

Pelakon jelita Fazura tampil menjawab dakwaan kononnya dia mengunjungi kelab malam dan dikatakan tidak bertudung ketika melancong ke Indonesia baru-baru ini.

Memetik temu bual bersama Astro News, Fazura mengakui adakalanya dia memakai hoodie dan topi ketika keluar namun menafikan dirinya ke kelab malam.

BACA: Fazura Terharu Rakan Baik Sanggup Keluar Duit Untuk Kejutan Hari Jadi

@astronews1

Pelakon dan usahawan Fazura nafi dakwaan sebuah portal kononnya membuka hijab, memakai hoodie serta pergi ke clubbing di negara jiran.

? original sound – Astro News – Astro News

“Saya tak pernah akui saya terpaling solehah. Saya manusia biasa, tak pernah akui saya terpaling solehah dan pamerkan kepada semua orang saya mengaji dan solat setiap hari. I am work in progress. Setiap hari saya berusaha untuk istiqamah,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura tidak menafikan bahawa dia memakai hoodie dan topi serta turut berkongsikan di Instagram serta menyifatkan pergi ke kelab malam itu adalah tuduhan berat.

“Saya kerja keras, ada masa saya nak lepaskan tekanan dengan berhibur sebab saya suka muzik dan menari. Ada kalanya saya akan pergi karaoke dengan kawan-kawan.

“Kadangkala saya pergi ke restoran dan memang kebanyakan restoran sekarang keadaannya gelap. Bila ada muzik, sudah tentu saya akan goyangkan bahu.

“Dalam berhibur, saya tetap ingat Allah, tak adalah sampai lupa diri. Ada hadnya. Tapi clubbing itu memang tuduhan berat dan ia tidak berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura berkata dia mahu menjadi diri sendiri namun dalam masa yang sama masih tahu sedar tentang batas sebagai umat Islam.

“Apa pun yang kita buat, berbalik pada niat. Itu antara kita dengan Allah. Saya work in progress, tidak sempurna dan sentiasa berusaha untuk istiqamah.

“Tapi saya tetap mahu menjadi diri sendiri. Nak berhoodie atau apa, itu saya. Yang penting besok lusa saya tak buka (tudung),” katanya.