fbpx

Fazura Terharu Rakan Baik Sanggup Keluar Duit Untuk Kejutan Hari Jadi

Pelakon jelita, Nur Fazura meluahkan rasa syukur dapat meraikan sambutan ulang tahun kelahitannya yang 40 tahun bersama sahabat baiknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura turut terharu apabila mengetahui sahabat-sahabatnya itu mengeluarkan wang masing-masing untuk kejutan hari jadinya itu.

BACA: Fazura Akui Kecil Hati, Luah Kekecewaan Terhadap Seseorang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Yet another surprise on the night of my birthday! Speechless. Selalunya Faz yang akan happily plan to celebrate others, but this year.. sangat sayu for all the surprises.

“For this, thank you dear friends for making me feel loved and appreciated. Dengarnya almost semua kawan-kawan yang datang malam tu keluarkan duit.

“Ada yang RM500 each, yang beribu pun ada. Tak kurang juga yang luangkan masa and effort untuk sama-sama celebrate birthday Faz,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura mengakui ‘circle’ rakannya semakin kecil namun bersyukur dengan semua yang ada kerana yang penting baginya ikhlas dalam bersahabat.

“Semakin tahun berlalu pergi, orang di sekeliling saya semakin kecil dan saya sangat bersyukur untuk setiap orang dan semua orang yang Allah izinkan ada, yang lama dan yang baru.

“Apa yang paling penting sekarang adalah keikhlasan dalam persahabatan, yang jarang berlaku pada masa kini,” tulisnya.