fbpx

Tuduhan Biadap — Sharnaaz Ahmad Ingin Bersemuka Dengan ND Lala

Kami bukan pakar dalam hubungan cinta tetapi isu Sharnaaz Ahmad dan ‘bakal’ bapa mertuanya ini seakan racun dalam hubungan cinta beliau bersama Shila Amzah.

BACA: ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik

Membalas kenyataan ND Lala yang di’siarkan Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata yang beliau bersedia untuk berjumpa dengan bapa Shila Amzah itu pada bila bila masa.

“Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita,” ujar Sharnaaz Ahmad kepada Murai hari ini.

“Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda juga”

“Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua”

Sharnaaz Ahmad turut berkata yang beliau tidak putus asa untuk mengahwini Shila Amzah kerana isu ini.