“Tuan Rumah Bagi ‘Dress Code’, Kita Hormati Permintaan Mereka”
Sejak Sabtu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari memuat naik gambar bersama isteri, Scha Alyahya dan anaknya di Instagram meraikan Hari Krismas baru-baru ini.
Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan. Bagaimanapun, netizen beranggapan tindakan Awal meraikan perayaan itu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.
BACA: Didakwa Memfitnah, Awal Ashaari Disaman RM3 Juta
Tampil menjelaskan perkara tersebut, Awal berkata dia dan keluarga hadir ke majlis berkenaan bagi memenuhi jemputan rakan. Mengenai cara pemakaian, mereka hanya menghormati permintaan tuan rumah.
“Sebagai rakan, apabila mereka meraikan, mesti akan dijemput dan kita juga ingin menziarahi. Tuan rumah beri ‘dress code’, kita ikut untuk hormati permintaan mereka.
“Sama seperti Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya ke rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada memakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak.
“Mereka pun hormat agama kita. Mereka selalunya beli makanan di restoran yang halal. Jadi, kita rasa selesa. Mereka juga tak minum arak depan kita sebab hormat,” katanya.
Awal berkata gambar yang dimuat naiknya berlatarbelakangkan tempat yang sesuai dengan sambutan perayaan itu. Ujarnya, apa sahaja perayaan yang disambut ianya tidak akan mengubah agama seseorang.
“Apabila nak bergambar, mereka akan cari ‘spot’ yang cantik. Contohnya di dinding yang kita gantung kad raya, ketupat plastik dan lampu kelip kelip yang dibeli di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka muat naik di Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih sebab jemput mereka datang.
“Apabila pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka, Buddha, Hindu atau pun Kristian. Mereka tidak automatik jadi Islam. Cuba ‘reverse’ situasi itu dan anda akan dapat jawapan,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Cuba tnya org yg sambut krismas ni betul ke 25 dismember tarikh lahir Jesus? Atau tarikh lahir Namros??
Besok Thaipusam akak tunggu ko cucuk jarum ohk. ahahaha
memadai le dgn ucapan ajer..bersanta klaus pokok krismas bagai.
Melayu..nampak salib je pon da terus menggelabah teteaks.
muka jawa sambut krismas, yg muka mix hokay je …
xde pon nk acah2 urban ultra liberal.
Pokok Krismas pon jd isu. Edehhhh..
Bukan dia pi menyembah bawah tu perasap kemenyan lol. Eisshh…bukak la minda tu sket aih. Ni dah 2021.. Habis tu per guna syahadah rukun iman tu. Lelah dh nk explain t melayu2 acah2 kaki dh selangkah ke syorga. Yg korang khatam Quran tu faham ke dok makna nya ..X pyh nk judgementa sgt ler..cam takde kerja lain.Apoooo.
Dalam quran tak pulak cakap tak boleh pakai..so apa masalahnye? Yang dok pakai ketat sampai nampak lurah tapi pakai tudung boleh pulak?
Betul laa kata Ustaz Noor Derus sebenarnya ramai dah org melayu dah jadi atheist!!!
Sbagai seorg kristian yg merayakan Krismas,
Saya nak anda semua tahu yg
Santa claus ni has nothing Christian related at all. we dont sembah Santa claus, and if we christian believe in santa claus it is what you guys call as ‘syirik’ .
Anddd santa claus is just a mere marketing brand for Christmas, mcm Kfc figure……..
Terpaling Christmas la ye.
Tahun depan punya Thaipusam, dia akan angkut Kavadi anak beranak…giteeeew!
org mesia pantang dgn benda2 mcm ni, gelabah ya ampun
perlu ke nak atheist kan orang…bayar zakat, mengucap, percaya qada dan qadar tu hapo? senang2 nk label org kafir la murtad lah…yg pakai hijab tetek sembul selfie 24jm x pulak ko kesahkan?
Allah bg dress code, bini ko tak ikot punnnn…
Jgn tuduh org atheist sebab kalau dia maseh org islam, kau yg salah kau akan ditanya nanti. Check balik maksud atheist, jgn main quote ustad ckp. Cukuplah cuma Allah saje yg tahu niat masing2.
Allah bg mulut, kau tak ckp benda yg baik2 pun
Yes, yes, bila kita mati sok pun ada dress code.
Erti sebenar menghormati agama lain adalah kita, yakni umat Islam tidak mencaci sembahan mereka dan memberi kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan ajaran agama mereka, bukannya berpakaian dan berkelakuan seperti kita pula yang menyambut perayaan mereka.
Kalau bgitu mudahnya convert, hjg thn wish happy new year trus jd atheis, cny nnt wish happy new year trus jd buddha, gawai nnt wish selamat gawai trus jd org iban ker? Then, apa guna iman dan kepercayaan? Shahadah tu apa fungsi dia? Apa2 pun kpd org kristian, ini 1 contoh yg sgt baik bg kita. Iman adalah dasar dari segala sesuatu yg kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yg tdk kita lihat. Pegang kata2 ini saudaraku.
Kalau ikutnye Ustaz Noor Derus tu dah dosa besar la fitnah dia, betul tak? Sebab fitnah orang melayu atheist kira dia menjatuhkan hukum hakam sendiri, satu lagi penungang agama yang akan beratur di pintu neraka, depan dia yang kaki rogol
alahai.. apalah masalahnya? wish tak blh, pg ziarah tak blh. ini kan hormat menghormati agama & budaya bangsa lain.
hai semua.
iman adalah membenarkan dengan hati, percakapan dan perbuatan. jadi, kalau kita smbut krismas tu kita membenarkan dengan perbuatan dan percakapan ?ummm…. fikirkanlah.
imam ibn qayyim mengatakan dalam kitabnya, ahkam ahli zimrah:
“tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka.”
25 disember tarikh lahir namrud. bukan tarikh lahir nabi isa/jesus. agama kristian telah di kotori oleh orang2 pagan yang menyembah berhala dan namrud. ciri2 agama pagan telah diserap masuk kedalam agama kristian seperti pokok krismas dan perayaan hari krismas/natal yang membawa maksud hari kelahiran.
sebab tu kalau kita kaji balik sejarah krismas ni, perayaan tarikh 25 disember tu tarikh kelahiran namrud dan mereka menyembah matahari yang dikatakan matahari itu adalah jelmaan dewa namrud. perubahan dari musim sejuk ke musim panas yang mana 25 disember nak masuk ke januari. kenapa dia tak sambut bila tarikh lahir nabi isa,,sedangkan dorang sembah nabi isa ?
dalam al quran, kelahiran nabi isa adalah pada musim panas. menurut surah maryam 23-25, pada ketika pokok kurma berbuah, iaitu musim panas dan bukanlah musim sejuk bila 25 disember. dalam bible juga mengatakan jesus dilahirkan dalam musim panas.
menyambut perayaan berbentuk agama lain adalah dilarang. bagi saya ini adalah bentuk liberalisme dan pluralisme dalam kehidupan hari ini. kita juga masih berboleh berbaik dengan orang-orang kafir yang bukan beragama islam tetapi kena tegas dalam agama islam kita. apa pun, rujuklah ulama atau yang lebih arif..assalamualaikum. peace !!
2 liter air mineral..
Well said..
Agama islam dah bagi dress code suruh tutup aurat dengan sempurna bini kau ada ikut tak? Peraturan manusia sibuk nak sanjung yang wajib ikut agama boleh pulak tolak tepi
baju tido kah?
Urban gitu. Apa dapat? Foto depan pokok krismas palsu dan kena hencap. Tahun depan boleh upload story carolling. Baru lengkap urban liberal mati lambat lagi.
Dah sah2 yang defend dia tu *****…jenis nak menghalalkan yg haram…akhir zaman…lepastu,kalau dah ditegur salah marah pulak pstu ckp “yg sibuk ni pun acah2 kaki dah sebelah kat syurga ke?” la apa la…..memang nak tegur bnda salah zaman sekarang kena confirm jadi ahli syurga dulu ke APA? sbb tu la kena saling tegur menegur…hormat agama lain boleh,tapi hormat tu maksudnye kne ikut semua macam dia buat ke?
Aduhai. Kot yer bagi alasan pun biarlah logik sikit. Ini dah nak masuk tahun 2021 dah pun. Takkanlah tuan rumah kau tu jenis bodoh piang tak faham? Kalau kau x pakai pun takkanlah dia nak halau kau? Lgpun boleh call awal2 ckp kalau kena pakai juga kau x boleh dtg.
Otak ada taknak guna.
Aku kenal ramai non muslim yg sambut christmas ni tapi tak pegi church pun, christmas ni ibarat perayaan utk berkumpul je, dah terlalu commercialised, its all about the outfit and presents, non-religion related..so in this case lah kan, dorg cuma hormat budaya org lain je bkn agama dorg, ibarat org christian yg pakai baju melayu dan songkok dtg beraya tak menjadikan dorg org islam pun
2 liter, info ko slh semua. Tahu la korang dilarang baca alkitab tapi info yg didengar tu slh dik oi.. cuba tanya org yg baca dari org kata acah2 kata ada baca tp penipu. Mgkn yg ckp tu tipu sunat kot.tipu sunat x dosa kan.. fitnah agama lain pun x slh kan.asalkan org x fitnah agama sndiri. Kalau kena pd agama sndiri mmg perang la kannnn
Bergmbr dgn pokok Christmas trs jdik Christian!! Pkai bj melayu trs Islam!! Idiot!!
100% stuju dgn 2 liter
dakwah islam dengan agama lain beza. sbb tu islam pentingkan benda macam ni. memang tak boleh sambut krismas.
Alhamdulillah. Maaf ya Awal Scha sbb tersalah anggap. Semoga Allah lindungi semua dari musibah dan dajjal. Aamiin