fbpx

Tuah Filem Pertama Lakonan Cristina Suzanne

Mula dikenali menerusi program Pilih Kasih 2, gadis kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill tidak menjangka filem pertamanya bersama Redza Minhat telah membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Filem) menerusi filem KIL.

Ketika ditemui selepas Anugerah Skrin 2013 tamat, Cristina yang tidak menyangka dengan kemenangan tersebut bahawa kini dia nyata mampu berdiri sebaris dengan pelakon besar lain seperti Lisa Surihani dan juga Nora Danish serta mengalahkan dua pelakon lain Nadiah Aqilah Bajuri & Jojo Goh (29 Februari).

“Pada mulanya saya sendiri tidak yakin dengan diri apatah lagi keluarga terutamanya ibu saya yang menjadi tulang belakang saya sepanjang lebih sedekad di dalam industri hiburan. Apa yang boleh saya ucapakan kemenangan ini adalah hasil usaha saya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Apa yang saya lakukan I’ll make sure I aim for the best,” ujarnya.

Bakal beraksi di dalam filem yang menjanjikan lebih aksi berjudul ‘CEO 7’ dan juga ‘Juwanita’ Christinna Suzanne tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengan pengarah filem KIL.

“Saya tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengannya untuk filem akan datang jika diberikan peluang,” ujarnya sebelum mengakhiri temubual. (rtky/nad)