fbpx

TS: Memori Azwan Ali, Tudung Si Diana Amir, Coca Cola & Motor Besar

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Seperti di’janjikan, hari ini kita akan mempunyai dua Twitter Selebriti dalam masa 24 jam dan ini edisi yang kedua untuk hari ini.

Sekali lagi seperti biasa gambar dari Twitter Selebriti hari ini datang dari rakan kerjasama media kami, SelebriTweets. Tanpa mereka, apalah erti segmen Twitter Selebriti.

Untuk edisi kedua hari ini, kita masih ada isu tudung selebriti dan hari ini kita di’kejutkan dengan perubahan bintang remaja, Diana Amir.

Kita juga ada Tomok yang hari ini telah di’lancarkan sebagai suara baru Coca Cola & Media Prima. Dan juga, Siti Nurhaliza & Datuk K naik motor besar.

Azwan Ali juga hari ini menyiarkan sebahagian foto yang muncul dalam buku tulisan beliau, Selamat Jalan Dunia Pondan — ada Siti Nurhaliza juga. Enjoice!


Gambar penuh Diana Amir bertudung yang menjadi perhatian ramai. Comel!


Memori Azwan Ali & Siti Nurhaliza dalam buku Selamat Jalan Dunia Pondan


Tomok sebagai duta Semangat Inspirasi oleh Coca Cola & Media Prima


Datuk K & Siti Nurhaliza sedang menaiki motor berkuasa besar. Romantis!


Neelofa bersama Datin Norjuma. Sama cantik sama comel.


Fasha Sandha & Melissa Saila berpelukan. Hmm. Hmmm.


Aizat Amdan dalam persalinan baju sekolah untuk Istanbul Aku Datang


Izara Aisyah, Azhar Sulaiman, Tiz Zaqyah & Fizo Omar untuk drama Safiyya.