fbpx

Antara tajuk terpanjang & boleh mendatangkan kekeliruan Tahap 2 untuk sebuah artikel di’sini. Yeah, selamat kembali ke sebuah lagi Twitter Selebriti yang anda semua nantikan.

Untuk anda yang pertama kali  membaca ruangan Twitter Selebriti, ini merupakan sebuah ruangan di’mana hobi kami mengintai & mengekori timeline selebriti di Twitter membuahkan hasil yang boleh di’kongsi bersama peminat.

Seperti di’nyatakan dalam tajuk, edisi kali ini kita semua mempunyai gambar Maya Karin & Farid Kamil pergi menyelam bersama di’sebuah lokasi rahsia tanpa Diana Danielle. Eh.

Kita juga boleh melihat Johan Asa’ri bermain gitar duet khas bersama Qi yang juga membuat penampilan khas dengan rambut gaya baru tanpa pengetahuan Yuna. Bicara panjang pun tiada berguna, foto selebriti kesayangan anda selepas ini.